Bila terjadi kemalangan yang melibatkan kabel atau wayar elektrik, ia boleh jadi suatu yang amat mengerikan. Jika kabel elektrik jatuh diatas kenderaan, pemandu dan penumpang boleh terkena renjatan eletrik yang boleh membawa maut.

Bukan sahaja orang didalam kereta yang boleh terkena, malah mereka yang cuba membantu pun berkemungkinan terkena rejatan elektrik.

Untuk mengelak dari terkena renjatan yang membahaya ini, anda perlu ikut langkah-langkah berikut atau tonton video lakonan semula diakhir artikel.

Jika anda sedari kabel elektrik jatuh diatas kenderaan anda.

1. Jangan keluar dari kenderaan.

Anda tidak akan tahu samada kabel elektrik yang jatuh diatas kenderaan itu ada atau tidak arus elektrik. Jadi, jika anda cuba keluar seperti biasa, kemungkinan besar anda boleh terkena renjatan.

2. Kondisi kenderaan.

Perhatikan sekeliling kenderaan anda untuk pastikan ada kebakaran atau tidak. Jika tidak, sebaiknya anda kekalkan posisi anda didalam kenderaan dan tunggu sehingga penyelamat datang.

3. Komunikasi dengan penumpang.

Jika anda membawa penumpang, berkomunikasi dengan mereka. Pastikan mereka tidak panik dan tidak cuba keluar dari kenderaan. Arahkan mereka untuk tidak menyentuh apa-apa bahagian dalam kereta yang diperbuat dari besi.

4. Buat panggilan kecemasan.

Berikan alamat dan maklumat terperinci seperti anda terlanggar tiang elektrik dan kabel elektrik terjatuh atas kenderaan anda dan mereka akan berikan nasihat dan bimbingan.

5. Beri amaran kepada orang lain.

Jika anda terlihat kenderaan lain cuba mendekati anda, buka tingkap dan berikan amaran kepada mereka. Jangan biarkan mereka mendekati tak kira samada mereka berjalan kaki atau berada dalam kenderaan. Berkemungkinan mereka juga akan terkena renjatan walaupun jarak jauh.

Jika kereta terbakar.

1. Kenalpasti kebakaran.

Pastikan betul-betul kenderaan anda dalam kebakaran sebelum bertindak untuk keluar dari kenderaan kerana ia amatlah berisiko. Pastikan juga asap yang anda nampak itu tebal dan bukan asap dari ekzos. Jika tidak, duduk sahaja dalam kenderaan.

2. Keluar secepat mungkin.

Setelah anda pastikan asap yang keluar dari kenderaan betul-betul dari pembakaran, anda perlu secepat mungkin keluar dari kenderaan dengan berhati-hati.

3. Buka pintu.

Buka pintu dengan berhati-hati. Dalam situasi ini, tanam dalam minda anda yang arus elektrik masih lagi mengalir didalam dan luar kenderaan. Berkemungkinan besar anda boleh terkena renjatan.

4. Rapatkan kaki dan tangan.

Semasa ingin keluar, jangan keluar dari kenderaan seperti biasa. Anda perlu merapatkan tangan atau peluk tubuh dan rapatkan kaki. Kemudian, lompat keluar dari kenderaan dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki sekaligus.

5. Melompat, jangan berjalan.

Setelah berjaya melompat keluar dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki, jangan sesekali berjalan atau berlari seperti biasa. Anda perlu kekalkan posisi badan iaitu merapatkan tangan dan kaki kemudian melompat perlahan-lahan sehinggalah anda mencapai jarak selamat iaitu 50 kaki dari tempat kemalangan.

Penyaksi kemalangan yang ingin membantu.

1. Jangan dekati kenderaan.

Jika anda melihat ada kenderaan yang terbabas dengan tiang elektrik jangan cuba-cuba untuk menjadi penyelamat dengan berlari dan mendekati kenderaan tersebut kerana anda mungkin akan terkena renjatan elektrik. Pastikan anda berada dalam jarak yang selamat iaitu 50 kaki dari tempat kejadian.

2. Jerit kepada pemandu.

Pastikan mereka terjaga atau dalam keadaan sedar. Beritahu kepada mangsa kemalangan yang mereka berada dalam situasi merbahaya dan pastikan mereka tidak bertindak melulu keluar dari kenderaan atau pegang bahagian kereta yang diperbuat dari besi.

3. Jika kereta terbakar.

Jangan buat mereka panik dan bimbing satu persatu apa yang perlu mereka buat jika kenderaan mereka dalam kebakaran sama seperti langkah-langkah dalam senarai diatas.

4. Buat panggilan kecemasan.

Berikan alamat dan beritahu mereka yang ada telah menyaksikan ada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dan kabel elektrik telah jatuh diatas kenderaan tersebut. Beritahu kepada mangsa yang anda telah pun membuat panggilan kecemasan dan bantuan akan tiba tak lama lagi.

Anda juga boleh melihat video lakonan semula dibawah.

Semoga artikel ini dapat membantu anda jika anda melihat atau berada dalam situasi kemalangan seperti ini supaya dapat mengelak dari terkena renjatan elektrik yang merbahaya ini.

Featured Image Credit : Thedailynewnation Thebatavian

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen