Bila sebut tentang perniagaan, dua perkataan ini selalu disebut oleh pemilik-pemilik perniagaan iaitu pemasaran dan penjenamaan. Malangnya, masih ramai lagi pemilik perniagaan yang masih keliru tentang dua perkara ini.

Ada yang menyangka hanya perlu guna salah satu darinya sahaja. Tidak, ia idak tepat sama sekali.

Sebenarnya kedua-dua nama ini berkait rapat dan masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Ada juga yang masih salah faham maksudnya dan yang mana yang perlu diutamakan dalam perniagaan.

Sebelum anda tahu lebih lanjut, eloklah kita faham terlebih dahulu apa itu pemasaran dan penjenamaan dengan lebih baik.

Apakah penjenamaan?

Jenama ialah idea sesuatu produk atau servis yang membawa nama, logo, tagline dan slogan sesebuah syarikat yang memiliki idea tersebut.

Penjenamaan pula ialah janji anda kepada pelanggan anda. Ini membuatkan pelanggan tahu apa yang mereka bakal dapat dari produk atau servis anda dan solusi yang anda tawarkan yang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Kemudian, mengwar-warkan nama, logo, tagline dan slogan syarikat kepada orang ramai tentang produk atau servis supaya orang kenal syarikat tersebut membawa satu idea yang asli.

Cuba penuhkan tempat kosong dibawah dengan maklumat berkaitan perniagaan anda. Ini adalah salah satu cara anda menjenamakan perniagaan anda.

Nama saya ialah ___________.
Saya wujud kerana ________________.
Tugas saya ialah _______________.

Apakah pemasaran?

Berikut adalah senarai definisi tentang pemasaran dari pakar.

  • Pemasaran ialah membantu orang ramai membeli sesuatu produk atau servis. – Jason Falls
  • Pemasaran ialah proses membina hubungan dengan prospek dan pelanggan supaya dapat membuat keuntungan dari mempromosikan produk atau servis kepada mereka. – Chris Garrett
  • Pemasaran ialah sesuatu yang anda bina atau berkongsi yang menceritakan tentang anda. – Ann Handley
  • Pemasaran : 1. Mengenalpasti sesuatu masalah. 2. Mencipta konten yang dapat menerangkan sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah tersebut. 3. Memudahkan orang membeli penyelesaian masalah yang ditawarkan itu. – Joe Pulizzi

Dari senarai definisi pakar diatas, mungkin anda telah faham apa yang dimaksudkan dengan pemasaran dalam sesuatu perniagaan.

Terdapat pelbagai jenis pemasaran yang anda boleh gunakan untuk memasarkan produk atau servis anda kepada prospek dan pelanggan anda. Diantara jenis-jenis pemasaran yang ramai orang gunakan adalah yang seperti berikut.

  • Pemasaran media sosial.
  • Pemasaran email.
  • Pemasaran pencetakan.
  • Pemasaran pengoptimuman enjin pencarian.
  • Pemasaran affiliate.
  • Pemasaran konten.
  • Pemasaran inbound.

Jadi yang mana lebih penting?

Penjenamaan dan pemasaran bagaikan sahabat baik. Ia saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, salah satu darinya perlu anda perkukuhkan terlebih dahulu.

Penjenamaan yang paling penting dalam perniagaan. Walaupun anda baru memulakan perniagaan, anda perlu tahu apakah sebenarnya teras perniagaan anda sebelum anda menggunakan pelbagai jenis pemasaran yang ada.

Jika anda ada satu produk kesihatan iaitu ubat resdung. Bayangkan berapa ramai lagi orang yang ada produk yang sama seperti anda dan anda pula hanya membawa nama yang sama iaitu ubat resdung.

Bagaimana orang hendak membezakan anda dari orang lain yang menjual? Kenapa mereka perlu membeli dari anda sedangkan ramai lagi yang menjual? Jadi anda perlu cari jalan membezakan anda dari yang lain.

Apabila telah dijenamakan sebagai contoh, Man Ubat Resdung, selain dari membezakan anda dari produk orang lain, anda juga boleh meningkatkan reputasi yang baik.

Penjenamaan yang baik akan membuat pelanggan anda berulang kali membeli dari anda kerana anda telah membina reputasi yang baik dan pendapat kepercayaan daripada orang ramai. Pemasaran pula akan berubah-ubah bergantung kepada pasaran dan orang yang ingin anda sasarkan.

Untuk mudahkan anda faham beza antara keduanya, penjenamaan ialah siapa anda dan pemasaran pula ialah bagaimana anda menarik perhatian orang ramai tentang anda. Anda juga boleh fikirkan, penjenamaan ialah bagaimana anda kekalkan pelanggan dan pemasaran ialah bagaimana anda mendapatkan pelanggan baru.

Sumber : Hubspot Outbrain

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen