Berpuasa ialah ritual biasa seluruh umat manusia dipelusuk dunia. Tak kira penganut agama islam, hindu, budha atau apa sahaja. Masing-masing mempunyai cara dan kaedah berpuasa tersendiri.

Berikut adalah antara senarai agama dan fahaman serta cara mereka berpuasa :

  • Islam : Menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari.
  • Buddha : Sami dan biarawati yang mengikut peraturan Vinaya, tak akan makan apa-apa selepas makan tengah hari. Ia lebih kepada mendisiplinkan diri berbanding berpuasa.
  • Hindu : Bagi pemuja Shiva, mereka berpuasa pada hari isnin. Selepas ritual pemujaan, mereka makan satu makanan yang manis tanpa garam serta mengutamakan buah-buahan.

Bila sebut puasa, mesti berkait rapat dengan pemakanan dan kesihatan tubuh badan. Tapi, tahukah anda apa yang berlaku pada tubuh badan anda ketika sedang berpuasa?

1. Perubahan fizikal

Dengan berpuasa, bentuk tubuh badan anda akan berubah disebabkan oleh penurunan berat badan. Badan anda memerlukan karbohidrat untuk menukarkan ia menjadi tenaga. Apabila karbohidrat tidak mencukupi, badan anda bertindak membakar lemak dan menukarkannya menjadi tenaga.

Menurut Sakina Mustansir, pakar pemakanan dari Hospital Besar Dubai,

Berpuasa dapat meningkatkan imuniti badan, membaiki sel, seimbangkan hormon positif dan menurunkan berat badan.

2. Merehatkan sistem penghadaman

Berpuasa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan sistem penghadaman anda. Kebanyakkan diantara kita suka makan terlalu banyak dan ia dapat melemahkan tubuh badan dan sistem penghadaman.

Amatlah tidak digalakkan untuk anda makan makanan yang berat semasa berbuka puasa kerana ia akan menganggu sistem penghadaman kita.

Sebaliknya, anda digalakkan untuk makan makanan yang ringan dan ringkas seperti kurma terlebih dahulu kerana ia membantu proses menghadaman untuk makanan yang diambil seterusnya.

3. Metabolisma

Bila badan anda sedar yang kalori dalam badan tidak mencukupi, ia akan bertindak menyimpan semua baki tenaga yang ada untuk bertahan. Ia akan menyebabkan otot anda mengecil dan membuatkan badan terasa letih dan lesu.

4. Sistem imunisasi

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, anda perasan tak apabila sakit, kucing itu tidak akan makan apa-apa makanan dan banyak berehat?

Dengan menahan lapar dan banyak berehat, kucing dapat menguatkan sistem imuniti untuk melawan penyakit yang dihadapinya. Begitu juga dengan manusia. Dengan berpuasa, sistem imunisasi dapat membantu anda menghalang pembentukan sel kanser, mengawal radang, dan mengurangkan kerosakan radikal.

5. Otak

Fungsi otak akan bertambah baik apabila kita berpuasa kerana ia meningkatkan pengeluarkan protein yang bernama Brain-derived Neurotrophic Factor(BDNF). Protein ini bertindak mengaktifkan sel stem otak kepada neuron yang baru.

Protein ini membantu melindung anda dari terkena penyakit Alzheimer(pelupa) atau nyanyuk dan Parkinson.

6. Kawal ketagihan

Selain ketagihan kepada rokok, anda juga dapat mengawal ketagihan makanan dan minuman yang anda ambil setiap hari seperti karbohidrat dalam makanan berat, kafein dalam kopi, gula dalam minuman bergas dan sebagainya.

Pesanan kepada pembaca yang berpuasa, kuatkan semangat dan jangan mudah mengalah dengan nafsu.

Sumber :
Lifehack Livestrong The National

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen