Dijawab oleh : Hairul Mohd Managing Director NH Beauty Secret

Tips Copywriting yang saya gunakan untuk produk NH Beauty Secret saya.

The Power of Customer Avatar

Ramai antara kita yang buat copywriting berdasarkan anggapan sendiri atau syok sendiri.
Kita perlu sebolehnya melihat dari kaca mata mereka sendiri, barulah copywriting berkenaan akan lebih SENTAP dan MENCENGKAM jiwa.

Untuk tips pertama ni, saya sharekan bagaimana nak buat copywriting dengan BETUL dari Customer Avatar.

Paling MUDAH dan TEPAT untuk membuat customer avatar ini ialah dengan melihat Testimoni Pelanggan tu sendiri. Kita boleh cari dan kumpulkan apakah masalah atau impin yang kebanyakannya sama.

Kemudian anda senaraikan mengikut point kriteria seperti dibawah. Saya ambil contoh produk muka wanita.

1) Masalah yang kerap sama dihadapi

– Kita akan jumpa banyak masalah seperti jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam dan sebagainya

– Tapi dalam banyak-banyak masalah tu, JERAGAT TEBAL yang paling common/ biasa mereka hadapi.

– kemudian anda pilih jeragat tebal sahaja sebagai masalah utama pelanggan anda. Jangan pilih banyak-banyak.

2) Apakah impian yang mereka nak capai

– nak hilangkan jeragat, peta-peta di muka

– nak nampak cantik

– nak berkeyakinan

3) Apakah cabaran mereka

– tepek foudation tebal nak tutup jeragat

– makeup berjam-jam, lepas solat nak makeup tebal lagi

– dah guna berbagai produk tapi tak menjadi

4) Apa yang mereka bimbangkan

– tidak berkesan

– tiada kelulusan kkm

– tidak selamat, memudaratkan

5) Apakah halangan mereka untuk membeli

– kulit sensitif

– harga produk mahal

– tidak yakin dengan produk yang ditawarkan

Kemudian barulah anda bersedia untuk menulis copywriting anda. Gunakan maklumat yang anda jumpa diatas sebagai resepi utama copywriting anda. Saya buatkan satu sebagai contoh.

Saya ambil dari testimoni sebenar, jangan tipu testimoni ya.

CONTOH COPYWRITING

“ sis…yayy..nak bagitau nie, jeragat tebal sy dah kurang sangat sis. Alhamdulillah, baru 3 minggu guna…dah nampak perubahan taw! Tak sabar nak habiskan set ni. Tq sgt2 sis…sis mmg penyelamat sy! ”

Pernah dengar salah seorang pengguna produk BEAUTE CANDY kami? Alhamdulillah, sis ziela ni dulu muka dia banyak peta2 hitam. Dah lama mencuba bermacam produk, tapi semua hype jer. Tak berkesan langsung!

Tapi lepas guna produk Beaute Candy, tak sampai sebulan pun lagi jeragat tebal sis ziela ni dah mula nipis dan beransur hilang. Paling best, kulit dia pun makin cerah dan flawless tau!

Sis nak macam sis Ziela ni?

Tak payah lagi nak tepek foundation tebal-tebal kat muka. Makeup berjam-jam sampai cik abang hon keta banyak kali kat luar.

Amalkan guna sebulan dua, insyaAllah semua jeragat lama dan tebal tu hilang. Lepas ni tak makeup pun nampak cantik jer. Natural beauty giteww. Pakai apapun lepas ni semua cantik dan kena jer.

Ini antara kelebihan dan manfaat lepas sis gunakan produk Beaute Candy:-

– Hanya telan 2x sehari utk kesan yang pantas dan selamat (lulus KKM)

– Pantas hilangkan semua kesan jeragat lama dan tebal

– Menstruktur semula kulit dan mengembalikan kulit yg sihat, licin, gebu dan bercahaya

– Gebu, flawless dan nampak muda dari usia sbenar

– Terpelihara dan dlindungi dari sunburn dan sinaran UV

– Botol comel senang dibawa dan diletakkan dalam beg tangan

– Penggunaan sebulan yang mendebarkan dan mengujakan

– Kami sykt yg berdaftar dgn SSM, semua belian adalah dijamin Selamat dan dijamin sampai.

Sis nak cuba sekarang?

Tapi jangan order terus ya. Check dengan kami dulu. Stock bulan lepas jer dah habis 2500 botol. Kalau dah habis, nanti marah-marah kami pula.

Untuk bulan ni kami ada buat promosi tau:

– Diskaun hingga 70%

– Freegift Terhad (selagi stok masih ada)

– Penghantaran Percuma

– Diskaun Repeat Order

Whatsapp kami di < 01x-xxxxxxx >
Kami akan reply sis segera.
Nak tanya-tanya dulu pun boleh. Nak tunggu gaji pun boleh.

Tamat.

Nampak tak?
Saya gunakan semua maklumat customer avatar saya kedalam copywriting diatas. Saya buat sambil-sambil sahaja ni. Anda semua boleh improvedkan lagi berdasarkan customer avatar anda.

Mohon jangan copypaste ya, sebab bila ramai guna nanti prospek yang baca jadi muak dan lemau. Cara dan format boleh ditiruvasi.

Sebenarnya ada lagi beberapa cara dan teknik emas. Saya reveal yang ni sahaja dulu. Yang lain kena berlaga lutut kalau nak tahu. Emas kan mahal. Haha. Insyaallah saya share lagi nanti.

p/s. Nak bagitahu juga, Beaute Candy ni sebenarnya antara produk yang saya pasarkan. So saya guna sebagai contoh dalam tips copywriting ni.

Kalau berminat nak ber tag team dengan saya, boleh lah pm saya ya. Margin profit RM60. Tak nak cari ramai, dalam 5-10 orang pun cukup. Training saya bagi. Kasi bom kaw-kaw. Kita conquer market. Nak? PM saya jika berminat, Hairul Mohd

Featured Image : Writtent SEO Copywriting

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen