Penulis : Aidil Salihoudin. COO Jobkartel

Semua orang tahu nak membina sebuah aset digital bukan suatu perkara yang mudah. Tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dijadikan sebagai sebuah media digital yang berpengaruh dan diterima oleh orang ramai.

Semuanyabola berkongsikan kisah cerita mereka.

Shahrir Bahar, CEO kepada Semuanya Bola berkongsikan cerita bagaimana pembangunan aset digital mereka. Mesti semua orang terfikir bagaimana digital media yang hebat-hebat ini boleh bertahan pada awal-awal penubuhan mereka dahulu.

1) Bagaimana faktor kewangan Semuanya Bola ketika fasa awal penubuhannya dahulu?

Shahrir Bahar memberitahu,

“Semua orang ingat nak mula untuk membina aset digital ini perlukan belasan atau puluhan ribu. Sebenarnya tidak ia tidaklah sebanyak itu.

Mula-mula kami bangunkan Semuanya Bola, overhed tidak setinggi mana. Kos setup website dan bayaran untuk maintain baru dalam 2-3 ribu setahun jika kira keseluruhannya.”

Untuk permulaan memang tidak memerlukan kos yang tinggi. Tetapi ada perkara yang lebih penting daripada kos permulaan ini sebenarnya iaitu “Penulis Tegar”.

“Saya bersyukur sebab ada Muzammil bersama dengan saya, sebab dia lah penulis tegar untuk Semuanya Bola pada peringkat awal penubuhannya. Kerja saya pula fikirkan bagaimana nak hubungkan bisnes kepada Semuanya Bola.”

Bermula dengan beberapa orang pertama, hari ini Semuanya Bola mempunyai kakitangan sepenuh masa seramai 20 orang.

Berbalik kepada tugas Shahrir Bahar tadi, hubungkan bisnes kepada Semuanya Bola. Apakah bisnes yang dimaksudkan oleh beliau?

2) Revenue Stream

“Untuk Semuanya Bola, kami ada 3 laluan aliran kewangan iaitu yang pertama daripada iklan FB, kedua kami ada membuat servis setup kempen koprat klien, dan juga ketiga kami sudah menjadi sebagai sebuah agensi dimana ada klien yang mahukan kami menjaga aset digital mereka seperti media sosial dan lain-lain.

Yang terkini masih di dalam proses development adalah The SBX, Ecommerce untuk Semuanya Bola.”

Dalam membina sesebuah aset digital, ia sama sahaja seperti menjual produk fizikal atau apapun produk.

Sebelum produk anda dikeluarkan, anda kena tahu siapakah pelanggan yang anda mahukan. Kenal pasti perkara ini daripada awal lagi jika anda mahu membuat aset digital sebagai satu platform perniagaan.

Untuk memulakan membina startup digital ini, mesti ada cabaran-cabaran yang perlu dilalui. Apa input daripada Semuanya Bola?

3) Cabaran membina aset digital.

Shahrir Bahar memberitahu, pada peringkat awal membuat aset digital ini sememangnya satu perkara yang agak sukar. Mereka struggle pada setahun setengah yang pertama.

“Jika anda mahu membina aset digital seperti kami, saya nasihatkan yang anda kena tahu untuk membina aset digital perlukan pengorbanan masa dan tenaga yang panjang. Bukan hari ini buat esok terus dapat.

2 pasukan ini pastikan kuat semasa permulaan membina aset digital anda iaitu Team Content dan Team Sales.”

Team Content akan mengurus kewajipan untuk mencipta konten-konten yang sepatutnya dan Team Sales akan berusaha untuk mendatangkan bisnes kepada syarikat.

Hari ini Semuanya Bola mempunyai 10 juta page view sebulan. Menjadi lagi tanda tanya yang besar, bilangan page view yang besar begini dalam tempoh beberapa tahun dan hanya mengfokuskan kepada niche sukan bola sepak.

Ia satu Prestasi yang sangat membanggakan.

4) Injection daripada Superb dan Cradle

Antara faktor yang membuatkan Semuanya Bola dapat berkembang dengan pantas adalah mereka telah memenangi geran superb berjumlah RM 500k dan daripada pihak Cradle sebanyak RM150k.

“Saya bersyukur kerana daripada dana ini membuatkan pasukan kami dapat bergerak dengan lebih pantas daripada biasa.”

Dalam percakapan Shahrir Bahar lagi, beliau memberitahu antara kata kunci yang membuatkan mereka boleh memenangi geran berkenaan adalah “To Educate People About The Proper Football”.

Team JobKartel belum lagi mempunyai pengalaman memikat hati Superb atau Cradle, InsyaAllah suatu masa kami akan menuntut dan berguru dengan beliau. Haha

5) Bagaimana Semuanya Bola engage dengan channel luar?

“Soalan yang sangat bagus, ada 2 langkah yang perlu anda lalui untuk buat perkara ini iaitu :

Pertama Content Creation, anda kena cipta konten yang sangat bagus, pastikan pasukan penulis anda dapat mencipta konten-konten yang bagus bukan setakat copy paste sahaja.

Kedua Content Distribution, tahu cipta sahaja tidak tahu untuk sebarkan juga masalah. Kami di Semuanya Bola akan allocate RM300 setiap bulan untuk boost artikel kami.

Antara cara lain yang boleh lakukan adalah minta orang yang berpegaruh untuk menulis dalam blog kita dan selalunya mereka akan post di personal FB mereka sendiri. Di sini anda sudah dapat fans mereka ataupun post dekat group-group FB dengan etika.”

Akhir sekali Shahrir memberitahu,

“Mungkin ramai yang mengatakan, aset digital ini hanyalah sebuah media semata-mata. Besar sangat ke nilainya? Anda semua kena tahu, perkara yang paling besar untuk sesebuah media adalah “people voice”. Kita adalah medium untuk masyarakat menyampaikan sesuatu.”

Tuan Shahrir Bahar
CEO Semuanya Bola

Aidil Salihoudin

Always addicted to success, making friends, sharing stories, travel and learn something new.

Tinggalkan Komen Anda

Komen