Penulis : Aqran Ismail. CEO Oribelle Beauty

7 mindset yg perlu anda talkinkan (betulkan) untuk miliki mindset orang yang berjaya.

1. Malu

Malu untuk berkongsi atau memberitahu apa yang sedang anda jalankan, hanya akan membunuh karier anda sebagai usahawan. Tak perlu malu atas ape yang anda buat walau jual sebiji kuih bahulu sekali pun.

2. Malas

Tak pernah lagi dengar orang malas berjaya. Dan logiknya hanya mereka yang konsisten sahaja yang akan berjaya tempah nama di puncak kejayaan.

3. Marah

Orang yang punyai mindset yang berjaya, mampu mengawal emosi dengan baik. Dan mereka menerima segala dugaan dan cabaran dari sudut yang positif dengan melihat salah diri mereka sendiri.

4. Merajuk/Manja

Bukan yang dimaksudkan sifat semulajadi wanita, akan tetapi merajuk manja yang dimaksudkan ialah mereka tak dapat menerima teguran mentor atau orang lain dengan rasional. Cepat melenting dan mudah berputus asa.

5. Menyalahkan

1 jari telunjuk pada orang. 4 jari terkait pada diri sendiri. Orang yang hebat sentiasa salahkan diri sendiri. Bukan orang lain. Sebab logiknya, kita gagal adalah sebabnya kita, kita berjaya pun sebabnya kita. Bukan orang lain.

6. Menyombong

Bila tak boleh ditegur dan dikritik, maka mula menyombong bodoh. Lagi2 menyombong dengan mentor dan juga majlis ilmu. Percayalah, amat susah untuk jadi orang yang berjaya.

Jangan sombong dengan ilmu, janga lokek duit dengan majlis ilmu. Salah satu sebab perniagaan anda berkembang, adalah selalu memberi alasan untuk menuntut ilmu.

7. Mengharap

Jangan amalkan sikap spoonfeed. Semua ilmu perlu disuapkan. Adab berguru biar kita mencari guru bukan guru mencari kita. Dan jangan mengharap orang lain datang bantu anda sebaliknya anda perlu berusaha bantu diri anda sendiri.

Jika 7M ini masih bersarang dalam diri anda, nescaya akan wujud M yang terakhir iaitu Menyesal kerana orang lain sudah jauh melangkah, anda masih ditakok yang lama.

Untuk berjaya, kuburkan 7M ini. Ia akan memudah anda melakar kejayaan dengan mindset yang betul. Bagaimana pula dengan anda? Ada M yang perlu ditambah, komenlah dibawah.

Sekiranya perkongsian ini bermanfaat kepada anda, kenapa tidak rakan anda yang lain. Kongsikan bersama mereka.

Aqran Ismail

Director at Global Eduhealth Technology
CEO at Oribelle Beauty Sdn Bhd

Tinggalkan Komen Anda

Komen