Penulis : Azfar Hadzir

Sebelum meneruskan bacaan, anda perlu tahu apa itu bisnes startup. Bisnes startup dan bisnes biasa berbeza. Startup lebih kepada inovasi. Membina sesuatu yang orang lain belum pernah buat didalam sesuatu industri.

1. Buat apa yang pelanggan tak mahukan.

Satu kajian dalam bentuk artikel diterbitkan oleh Fortune menyatakan 42% usahawan startup gagal membina produk yang pasaran tak mahukan atau terlalu kecil.

Bukan semua usahawan dalam kategori startup membina sesuatu yang belum ada dalam pasaran. Kebanyakkan dari usahawan startup membina sesuatu yang sediada cuma mereka mengubahsuai dan cuba menambahbaik.

Sebagai contoh, thelorry. Mereka munggunakan teknologi untuk membantu pemilik lori yang mempunyai lori untuk disewakan. Pasaran sewa lori telah pun wujud berdekad lamanya.

Kebanyakkan startup yang gagal, mereka tak ambil masa untuk mengkaji pasaran sebaiknya. Mereka cuma nak mencipta sesuatu dan tunggu orang guna tanpa ambil tahu apa yang pelanggan mereka mahukan.

2. Usahawan tak berubah menjadi pemimpin dengan sendirinya.

Menjadi seseorang yang ada idea sahaja berbeza dengan orang yang mampu bawa syarikat kearah kejayaan. Jadi usahawan perlu belajar menjadi pemimpin yang baik. Penuh dengan keberanian dan memberi inspirasi kepada yang lain untuk mengambil risiko.

Usahawan yang bijak, mereka akan belajar untuk menjadi pemimpin yang baik atau mereka bawa orang lain untuk memimpin pasukannya.

3. Tak jaga Cash Flow

Cash flow teramat amatlah penting untuk bisnes. Cash flow yang buruk atau tak dijaga dengan baik boleh melingkupkan bisnes sebab duit yang masuk umpama darah yang mengalir dalam badan manusia.

Bukan semua usahawan pandai dalam menjaga cash flow syarikat. Oleh itu, lantik seseorang untuk jawatan CFO (Chief Financial Officer) untuk menguruskannya.

Sumber : Inc Fortune NotaBisnes

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen