Ditulis Oleh : Maybelle Cheung, Bituin Management Sdn Bhd

Diri anda sendiri ialah mesin pemasaran dan jualan. Dengan meletakkan diri anda sebagai pakar dalam bidang tertentu dapat membantu anda lebih dikenali dan dipercayai.

Saya akan kongsikan 10 cara yang anda boleh guna untuk bina personal branding.

1. Keaslian

Menjadi diri sendiri dalam segala hal. Anda tak perlu berlakon menjadi seseorang yang hebat semata-mata untuk dikenali. Jika anda pakar dalam bidang pemasaran, kongsikan pengalaman dan ilmu anda dengan yang lain.

2. Blogging

Dalam dunia digital sekarang ini, blogging adalah salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman anda. Dari situ, anda dapat membina pengikut yang suka dengan penulisan anda.

Cari orang yang berpengalaman atau agensi bina website untuk membantu anda.

Sekiranya anda masih baru dalam dunia blogging, ia mungkin memakan masa. Banyak-banyak bersabar ya.

3. Konten

Bina konten yang buatkan pembaca/pengikut anda berminat seperti video, gambar dan penulisan dari blog. Kongsikan semua jenis konten ni ke media sosial yang ada. Yang penting, konten anda berkualiti.

4. Email

Bila dah ada orang ramai yang mengikut anda, jangan hanya biarkan mereka ikut tanpa anda ada maklumat tentang mereka. Sekurang kurangnya emel.

Gunakan emel yang anda dapat untuk berkenalan dengan lebih rapat, minta cadangan penambahbaikkan, update mereka sekiranya ada produk baru dan beri offer/diskaun untuk sebarang pembelian.

5. Google

Anggap google sebagai kad bisnes anda. Bila orang mencari di enjin pencarian, adakah mereka akan nampak blog/website anda. Banyakkan membaca berkenaan SEO supaya nama blog/website anda mudah dilihat.

6. Membantu

Bantu ramai orang. Bantu mereka dengan ikhlas sekiranya mereka dalam masalah. Anda akan jadi lebih dikenali apabila orang yang anda bantu rekemen anda kepada rakannya yang lain.

7. Berkawan Dengan Orang Berpengaruh

Berkawan dengan orang yang berpengaruh menjadikan anda juga berpengaruh. Cari orang seperti penulis, blogger, ketua syarikat dan eratkan silaturahim. Dan fikirkan jalan untuk beri nilai kepada dua-dua belah pihak.

Sebagai contoh, Nak Tanya. Kami ialah publisher/penerbit yang akan menerbitkan karya penulis ke semua media sosial yang sedang kami bangunkan. Dengan itu, penulis akan dapat pendedahan dan kami dapat konten baru di website.

8. Seminar/Ceramah/Talks

Tak dinafikan, ini salah satu cara yang paling berkesan untuk bina personal branding. Join event atau buat kelas yang dalam bidang yang anda pakar. Boleh jadi anda seorang yang pakar membuat karipap. Bercakap atau mengajar mereka yang berminat untuk membuka perniagaan karipap juga.

9. Video

Video sangat berkesan untuk membina kepercayaan. Orang dapat melihat dan berkomunikasi dengan anda terus berbanding penulisan anda sahaja. Jika anda selalu berada di Facebook, gunakan facebook live.

Sekiranya anda menjual, anda dapat membezakan diri anda dari penjual yang lain. Mereka masih takut-takut untuk tunjukkan diri mereka, tapi anda tidak. Anda akan lebih dipercayai.

10. Kenalkan Orang Lain

Sekiranya anda sedang jalankan satu projek yang memerlukan banyak sumber. Kenalkan orang yang anda dapatkan sumber tersebut. Sebagai contoh,

“Kami tak dapat menjayakan projek ini tanpa bantuan dari rakan saya Paeh, yang telah banyak membantu saya bangunkan projek ini. Terima kasih Paeh”.

Mereka juga akan turut kenalkan anda kepada rakan mereka yang lain.

Jika anda ada cara lain untuk bina personal branding, kongsikan dengan kami di bahagian komen dibawah.

Sekiranya anda rasa 10 cara ini bermanfaat kepada anda, kongsikan dengan mereka yang lain. Semoga bermanfaat.

Team naktanya

Hi guys. Nama saya Nak Tanya. Saya ditugaskan untuk mencari soalan dan ilmu pengetahuan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen