Ditulis Oleh : Hazwan Hariz dari Team Naktanya.

Banyak benda yang boleh kita ubah untuk jadikan hidup kita lebih baik. Macam ubah cara kita berbelanja, makan makanan yang sihat, bersenam setiap hari dan sebagainya.

Tapi kadang-kadang, untuk ubah cara hidup ni susah sebenarnya sebab diri kita dah terbiasa dengan perkara-perkara ni dan akhirnya kita give up.

Tapi tahu tak, ada banyak juga perkara kecil yang kita boleh buat yang bagi perubahan besar dalam kehidupan seharian kita.

Kat bawah ni, ada 10 perkara kecil yang boleh buat hidup kita lebih baik.

1. Bangun Dan Tidur

Displinkan diri untuk tidur dan bangun dari tidur pada waktu yang kita tetapkan. Macam tidur pukul 11 malam dan bangun sebelum subuh. Tapi kadang-kadang kalau nak tidur lambat tu tak jadi masalah.

2. Gelak Ketawa

Tengok cerita lawak sekurangnya sekali sehari. Gerakkan otot-otot di muka bergelak ketawa dan hilangkan sedikit stress.

3. Makanan Sihat

Makan makanan yang sihat setiap pagi. Makan oat campur epal atau strawberry ke. Kurangkan nasi lemak atau makanan-makanan berat yang lain.

4. Lagu

Dengar lagu yang kita minat di waktu pagi. Ia boleh membuatkan permulaan hari kita jadi lebih ceria dan bersemangat.

5. Jaga Newsfeed Facebook

Unfollow orang di Facebook. Kalau nampak yang negatif, suka mengata orang sana sini, cerita tentang pergaduhan, buka aib dan sebagainya, sebaiknya kita unfollow saja. Jika tidak, ia akan menganggu emosi seharian kita.

6. Buat Perkara Yang Tak Pernah Sempat Buat

Cari satu slot masa untuk buat perkara yang kita teringin sangat nak buat, tapi tak ada masa. Sebagai contoh, kita tertengok video dalam seminit resepi cara buat kek red velvet. Dalam sehari tu, plan masa kita untuk buat kek tu. Cari sesuatu yang mudah dicapat.

7. Fikir Baik Sebelum Tidur

Sebelum tidur, fikir balik apa perkara yang baik berlaku pada hari tu.

Contoh, ada orang belanja makan, ada awek senyum, berjaya publish 3 konten sehari di facebook. Dengan cara ni, kita melatih otak kita untuk kekal positif dan sentiasa berfikir tentang kebaikan dari keburukan.

8. Lawan Negatif

Bila kita terburuk sangka atau jadi negatif dalam diri, cepat-cepat kita lawan kata-kata tu. Contoh, kita tengok ada budak yang baru belajar bisnes, terus dia berkongsi ilmu dia. Dalam hati kita, “Eleh budak ni, baru setahun jagung dah nak jadi sifu”.

Muncul saja kata-kata begini, terus lawan dengan cakap pada diri, “Budak yang baru pun suka berkongsi, aku yang lama dalam bidang ni pun masih kedekut ilmu. Asyik nak buat ebook dan seminar je.”

9. Jangan Banyak Fikir

Kalau kita nak bersenam tapi macam malas gila, mulakan dengan berjalan. Sekurangnya berjalan pun dapat perbaiki aliran darah dari kita duduk di rumah dan hanya berfikir nak bersenam tapi tak pun.

10. Peti Email

Langgan/subscribe website yang bawakan konten-konten yang memberi motivasi dan inspirasi sebagai contoh, Vocket, Lifehack, Goalcast dan banyak lagi. Mereka akan hantar terus ke emel anda setiap hari.

Tinggalkan Komen Anda

Komen